Sunday 25 September 2016

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

3. KESIMPULAN




Mempelajari tajuk ini telah membantu ahli kumpulan ini bagi mengenali sejarah serta latar belakang etnik berbeza yang tinggal di Malaysia.Kami belajar untukmenghargai kelebihan serta kekurangan setiap etnik termasuklah bangsa kami sendiri.

Di samping itu,kami sedar akan pentingnya elemen perpaduan dan integrasi dalam mewujudkan keharmonian serta menyatupadukan semua etnik di Malaysia.Setiap perbezaan perlu dilihat dalam aspek akan memberi kelebihan kepada negara bukannya pemisahan kerana terdapatnya perbezaan tersebut.Sebagai contoh,perbezaan etnik dilihat sebagai peluang untuk memahami serta mempelajari tentang sesuatu etnik.


Segala amalan baik/contoh teladan daripada kaum tersebut boleh dijadikan ikutan selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan agama.Contohnya,sikap rajin serta opurtunis kaum Cina dalam perniagaan wajar diikuti.Tambahan pula,disebabkan kepelbagaian serta perpaduan kaum merupakan salah satu sebab Malaysia dikenali di mata dunia.

Akhir sekali,kami sebagai generasi baharu negara ini sedar akan kepentingan mengekalkan keamanan yang generasi terdahalu telah bersusah payah untuk kekalkan.Salah satu caranya adalah dengan,menjaga hubungan baik antara kaum-kaum yang lain.'Bersatu kita teguh,berceria kita roboh.'

2. PENGAJARAN DARIPADA KOMPOSISI ETNIK PENDUDUK MALAYSIA



Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha mengenali antara satu sama lain.
Setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik.Nilai - nilai positif daripada budaya lain seperti budaya kerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi oleh kaum lain untuk berjaya.
Dalam sebuah negara yang berbilang kaum,setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing - masing dalam pembangunan negara.Oleh itu,semua kaum perlu saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum - kaum yang lain.
Kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini sebuah negara yang unik.Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.