Friday 26 August 2016

1. KOMPOSISI ETNIK PENDUDUK MALAYISA






NAMA AHLI KUMPULAN :






MUHAMMAD HAFIZ IZZUDDIN BIN ZURIN HAMIDI
(16DET16F1121)


NOOR SHAZWAN BIN NOOR EL KHAYAZY
(16DET16F1129)

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN ZULKAFLI
(16DET16F1118)
MUHAMMAD ALIEF BIN NIZAM
(16DET16F1119)


NAMA PENSYARAH : NORHIDAYU BINTI SALLEH
KOS : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
JABATAN : KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA
KELAS DET1B
SESI JUN 2016



LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam ertikata yg sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yg tersendiri.


KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK 


Semua Negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum etnik dan adat resamSetiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbezaWalau bagaimanapun dalam pengajian mengenai masyarakat,beberapa konsep kemasyarakatan perlu diperhalusi bagi memahami secara mendalam mengenai etnik etnik yang ada di seluruh dunia pada hari ini.


TAKRIF ETNIK DAN KAUM:



  Etnik selalunya didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama,sama ada dari aspek adat resam,bahasa,pakaian,atau kegiatan ekonomi.Dalam konteks Negara Malaysia dan juga perbincangan ini,kumpulan etnik merujuk kepada pelbagai kaum yang wujud di Negara ini seperti di semenanjung Malaysia yang terdiri daripada melayu,cina,india,sikh,dan siam.Di serawak dan sabah pula terdiri dari malanau,iban,dayak,dusun,kadazan dan sebagainya.





Komposisi etnik


Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. 67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 11% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, Baba dan Nyonya (Peranakan), dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur.Kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis,Hakka, Teochew dan lain-lain. Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 7.3% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Sikh, Telugu dan lain-lain. Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.7 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia





KOMPOSISI AGAMA




Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 61.3%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%), Hindu (6.3%), Lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak 1.7%. Lain-lain agama termasuklah Agama rakyat Cina, agama Sikh, agama Yahudi, dan lain-lain.



KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA


Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pd tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yg merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.
Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.




KAUM MELAYU



Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu.
Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripd jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di Bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.
Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya



KAUM CINA


Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.

Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.

Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.

Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.

Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.

Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.

Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.


KAUM INDIA


Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.

Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.

Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.

Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.

Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.

Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet2 getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI

Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik seperti berikut.Dan kini populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000. Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun). Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6%.



FAKTOR HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA




AKULTURASI


Akulturasi merupakan satu proses penyerapan budaya antara kumpulan minoriti dan majoriti. Namun demikian bukan semua aspek kehidupan yang mereka pelajari tetapi hanyalah melibatkan aspek budaya sahaja. Dengan kata lain, hanya aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang- undang, adat resam dan lain-lain kemahiran yang dipelajari.Sebagai contoh, amalan pemberian sampul berisi wang (angpou) dalam masyarakat Melayu, Orang Cina dan India sudah boleh berbaju kurung, berbaju Melayu dan berkebaya. Mereka pandai makan menggunakan tangan, makan nasi lemak, menari tarian-tarian Melayu seperti Mak Yong dan Kuda Kepang, menyaksikan wayang kulit dan mempelajari seni silat




DIFUSI
Difusi adalah suatu proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu individu kepada individu lain dan dari masyarakat kepada masyarakat yang lain. Proses difusi terbahagi kepada dua jenis iaitu:



a. Difusi antara anggota dalam masyarakat (intra – society diffusion)



b. Difusi antara masyarakat (inter – society diffusion



Terdapat beberapa faktor yang membantu kejayaan difusi di antara anggota masyarakat iaitu:



i. Unsur baru yang disebarkan adalah berguna. Sekiranya unsur baru itu tidak berguna maka ia akan gagal untuk disebarkan. Contohnya teknologi menorah getah lebih mudah disebarkan di kampung-kampung berbanding teknologi lif. Ini kerana teknologi lif tidak berguna kepada penduduk kampung.



ii. Individu yang menyebarkan unsur baru mempunyai peranan sosial dan kedudukan tinggi. Sekiranya individu yang menyebarkan unsur baru itu kedudukan sosialnya rendah maka difusi tidak akan berjaya. Contohnya pegawai pertanian dan pegawai MARDI lebih mudah menyebarkan penemuan-penemuan teknologi baru berbanding orang awam.



iii. Peranan pihak kerajaan samada menyokong atau menyekat penyebaran sesuatu unsur baru. Contohnya penyebaran ajaran sesat di Malaysia tidak berjaya kerana ia disekat oleh pihak kerajaan.

iv. Unsur baru yang disebarkan tidak bercanggah dengan fungsi unsur lama memudahkan kejayaan difusi. Jika disebaliknya maka difusi akan gagal.



ASIMILASI

Asimilasi ialah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok atau individu yang berlainan kebudayaan sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu atau kelompok ke dalam kelompok lain.Asimilasi juga merupakan satu proses percampuran kumpulan-kumpulan minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar

Faktor kejayaan proses asimilasi ialah:

i. Kelompok minoriti sanggup membuang identiti mereka dan menerima identitikelompok majoriti. Contohnya orang Cina di Kelantan.

ii. Kelompok majoriti sanggup menerima kelompok minoriti dalam kehidupan mereka. Contohnya orang Jawa di Selangor.

iii. Saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak sama. Sekiranya saiz kelompok majoriti lebih besar maka mudahlah berlaku asimilasi. Jika sebaliknya maka sukar asimilasi berlaku.

iv. Berlaku amalgamasi (perkahwinan campur) akan memudahkan danmempercepatkan proses asimilasi. Contohnya perkahwinan antara kaum India dan Melayu.




INTEGRASI
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik.Proses integrasi banyak melibatkan penyatuan aspek fizikal, sosial, ekonomi, politik serta melibatkan penyatuan biologikal iaitu perkahwinan campur. Proses ini lebih menekankan ikatan batin iaitu ikatan perasaan, hati dan pemikiran sesama manusia yang akan melahirkan identiti nasional di kalangan pelbagai kaum di Malaysia.


ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA



(Agama dan Kepercayaan)



Kaum Melayu
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.

Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yg berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri.

Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:

a) melahirkan manusia mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata

b) melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan mereka

c) melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.



Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam hidup manusia ini, iaitu:
Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya utk kebahagiaan manusia. Oleh itu, manusia dicipta bertujuan untuk menghambakan diri kepada ALLAH dan beribadat kepada-Nya.
Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama.
Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.





Kaum Cina
Masyarakat Cina yg datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.
Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan.
Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.
Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
Taoisme berasal daripd perkataan Tao yg bermaksud ‘Jalan’ (The Way).
Taoisme mengajar pengikutnya utk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.


Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:
a) Lao Tzu (abad ke-6 S.M.) – beliau menulis buku mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching. Buku tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan menjadi salah sebuah buku yg amat berpengaruh di negara China.
b) Chuang Tzu (abad ke 4-3 S.M) – beliau telah memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap semua perkara.
Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10 pada masa pemerintahan Dinasti Tang.
Satu anutan yang popular di kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme.
Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucius) yang dilahirkausia 72 tahun pada tahun 551 S.M




Kaum India
Masyarakat India yg tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan dari India.
Agama yg paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu.


Ciri-ciri yg terkandung dalam di dalam agama Hindu.
a) Kepercayaan kepada banyak Tuhan
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
- antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa)
b) Konsep karma dan kelahiran semula
Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yg terdahulu.
Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
c) Kitab-kitab Veda
- Kitab veda ialah kitab yg menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab2 ini mengandungi riwayat hidup, amalan2 politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.



Masyarakat Sarawak
Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus dihormati. Ini merupakan definisi animisme secara umum. Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.

Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Animisme berhubungan erat dengan dinamisme, yaitu kepercayaan manusia tentang adanya benda-benda yang memiliki kekuatan gaib.
Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam.


Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.



Masyarakat Sabah
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam.




(KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM)


Kaum Melayu




Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia.Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu.Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung :


1. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.


2. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak dari agama Islam.

Antara adat lain yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah :


1. berkhatan atau bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh tok mudim.


2. Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.



Pakaian tradisional bagi kaum Melayu lelaki :



· Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang.

· Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.

· Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.

· Baju Kurung Cekak Musang merupakan pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan sampin bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.

· Manakala Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar.




Pakaian tradisional bagi kaum Melayu perempuan :

· Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan.
· Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya. 
· Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. ---Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.
· Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
· Kebaya ada pelbagai gaya.


· Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.




Kaum Cina




Pada peringkat awal penghijrahan, masyarakat Cina didapati mempunyai semangat kesukuan yg kuat. Semangat kesukuan ini antara yang menyebabkan lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu, terutamanya sebelum campur tangan politih British.

Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan masalah pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan candu juga semakin ketara di kalangan pelombong.

Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada budaya masyarakat Cina yang asal.





Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen.





Perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.



Pakaian tradisional bagi kaum Cina lelaki :

· Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
· Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.
· Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
· Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.


Pakaian tradisional bagi kaum Cina perempuan :

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:• PeonySelama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan TerataiDalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.Bunga krisanBagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.IkanIkan juga merupakan lambang kesejahteraan.Burung Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.


Kaum India




Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.

Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:

Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta

Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.

Vaisya - terdiri dari rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta

Sudra - terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.

Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.

Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus.

Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu.

Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ dan ‘puri’.

Pakaian tradisional kaum India :

Seperti masyarakat lain di Malaysia,kaum India juga tidak terlepas daripada mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri.Berikut adalah beberapa contoh pakaian kaum India yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.• SARISari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.

• SALWAR KAMEEZ Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya. • KURTAKurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen. • DHOTIDhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.


Masyarakat Sarawak



Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga.

Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. 



Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.





Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.



Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah KainSirat, Dandong, PuaKumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Contohnya, Bidang,Kalambi,Bedong bagi kaum wanita

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. 

Manakala masyarakat Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. 

Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. 

Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. 

Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan. 

Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.

Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian. 

Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. 

Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.


Masyarakat Sabah



Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian, kelahiran.

Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. 





Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. 


Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. 


Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.


Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang

No comments:

Post a Comment